Huraian

Cogan kata : Berusaha, Berilmu, Berbakti merupakan cogankata yang dipegang oleh setiap warga sekolah ini. Ia membariskan wawasan yang dinamik dan berterusan selaras dengan kebangunan budaya ilmu. Cetusan ini merupakan warisan yang dibina secara padat lagi utuh, segaris dengan keilmuan merentasi kurikulum. Ia akan mengadunkan di antara kualiti usaha, generasi berilmu, berbakti pada diri dan masyarakat seluruhnya.

Bulan dan Bintang : Lambang Islam sebagai agama yang dipatuhi serta diamalkan di sekolah ini.

Obor Yang Menyala : Lambang semangat para pendidik dan pelajar yang tekun dalam membangunkan keilmuan secara ikhlas.

Dua Buah Kitab : Lambang Al-Quran dan Al-Hadis sebagai pegangan serta amalan hidup.

Tangkai Padi : Lambang kemakmuran dan perpaduan serta kerjasama yang erat di antara satu sama lain.